Rabu, 29 Februari 2012

Hang Outt !! dengan kawan


hahaha!! syioknye hari nii release tension almaklumlah baru 
patah hati sebab lelaki !! hebat aku nii annnnn...
dahlah makan byk kat umah,lepastu gi hang out habiskan duit makbapak 
jer !! tapi apa boleh buad kalu org tension memg macam gini\
lagi lagi kalu kena dekat aku memang mabuk - mabuklah

rugi tAU masa hangoutt tak bawa  camera kalu  x boleh upload kasi
korg tengok mcm - mcm buad kat sana
tengok movielha apelah , yg best sekali karaoke
aq rase suara aq yg plin sedap hahahahah SS lha aku nii

oklah byebyebyebye!

Selasa, 28 Februari 2012

KEBENARAN TERUNGKAP.


Tajuk Entry nii okayy tak ? haha just bagi terkejut siked... okayy lha
sebenarnya saya pun tak tahu hal dan cerita sebenar
pernah tak korang tengok atau terbaca satu artikel berkaitan dengan Ustaz Idrus.
Example macam nilah :
1.jangan pikat wanita jika anda tak bersedia cintakan dia.

hah !! adakan korang mesti share kalau ada artikel macam nii ,, lepastu semua org LIKE
sebenarnya ini semua 
TIDAK BENAR SAMA SEKALI !!!
Jangan percaya !! Ustaz Idrus tak pernah  cakap,tulis,taip dan sebagainya sama sekali
so,, jangan suka sangad bila baca artikel nii okayy ... okayy, nak tahu
tak macam mana kita boleh tahu yang ni adalah rekaan tengoklah gambar kat bawah nii yer :

*Klik untuk tumbesaran*

Peace ^^ (Y) macam marah jer !! haha just kidding kay ..



Isnin, 27 Februari 2012

Diary (bermandi air mata)


hai,helo,hola,selamat sejahtera,mlm,siang salam 1 malaysia..Banyak aku punya
slm sebab nk ilangkan perasaan sakit hatiii...

hei,awk selama nii kita asik tulis psl org lain harii nii nk tulis diri kita,, yela blog juga
tempt kita mluah perasaan terpendam,terbuku dan sebgainya
okayy sebenarnya x suka crita pasal myself tapi apa boleh buad want to speak

awak tahu x ? pernah rasa x ? bila janji dimungkiri , cinta bertepuk sebelah tangan
wah cepat ajer,, menyampuk yerr !! ofcozlah kan,kan ?
korg penah rasa,sekrg tak rasa kan,, bila nk COUPLE terus terg jer depan-depan...
tapi mcm mne pulak dengan budak yg pemalu.. dua dua pemalu.
lelaki pemalu si perempuan pulak pemalu.. itulah yg trjadi pada diri aku,, sepatutnya
umur mcm aku.. x patut , x payah , x perlu sume tuu ... tapi cuba
tengok ada tak org yang tak suka,suki mesti taderkan ?
mana ada yang tak suka suka? sume ada,, kalo ada pun sembunyi sembunyi malu malu tulha
lama-lama bila kita x berterus terang org laen pula yg dpt kononya nak jadi perempuan sejati
tunggu jer sampai dia bg surat,ckp ker ... tapi kalu dah nama lelaki pemalu
habok pun tarak lastlast,, dia kene ambik kita tak dapat apa-apa
betul tak ?? tulha dulu prinsip aku tak nak dekat,suka dekat lelaki tapi bila
dah mcmnii menyesal,, baru aku tahu susah bercinta...
menyesal sekarang dah tak berguna !! sebab sume benda dah terjadi
tulha aku nasihatkan jangan jadi macam aku ! 3 hari 3 malam
terperap dlm bilik melepaskan tension pada org yg tak patut..........

THE MORAL OF THE STORY IS:
jangan nak couple pada usia muda lagi lagi yang baru sekolah tuu mengataimengatai
sangad tulha padahnya !! 

Jumaat, 24 Februari 2012

Berdepan Dengan Lelaki Pemalu.



*klik untuk tumbesaran*


Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?

1. Anda kena berani memulakan.

Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.

2. Gunakan cara non-verbal.

Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.

3. Malu biasanya cuma sementara.

Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.

4. Cakap pasal topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!

5. Santaikan wajah, santaikan suara.

Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara Anda.

Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.

Khamis, 23 Februari 2012

Belog Faizah Berwajah baru !


ehem..ehem cantik tak belog kita ? cantik tak,cantik tak ? haha semua
dah tukarkan ,, pandai tak faizah EDIT ._. haha bisa biasa
jer !! tapi yang dulu faizah guna tema pink tapi kali nii guna BIRU
dengan PINK sebenarnya,, faizah bukanya minat sangat dengan warna pink
entahlah tak tahu plak terjadi warna pink tu camne ?? haha hebat tak?
tak,,suka warna pink edit belog warna pink ,, hebat hebat(MEMUJI diri sendiri)

okayy meh sini faizah bagi apa yang tutorial dan dari mana datang semua nii
okayy first sekali kita godeh belog:

1.Kak Lyssa Secret
2.Ratu Lisa
3.Azhafizah.com
4.WanHazel

sebenarnya banyak lagi tapi ini jelah yang dapat ditag,, semua yang ditag
nii dea punya belog yang faizah rasa (TIPTOP)  !!
okayy selamat mengodeh belog mereka nii.. dah ambik tu cakap
Terima kasih,DAUN keladi kalau Boleh Nak lagi,,
okayy byebyebye!!

Rabu, 22 Februari 2012

Kecantikan seorang wanita.





1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Isnin, 20 Februari 2012

Sekali aku jatuh cinta..




Tajuk,, macam real je.. kan kan kan ? haha kalau reality macam mana ?
ingat orang macam kita nii tader perasaan hea ? all human
ada perasaan okayyy ... sebenarnya tak tahu asal tiba tiba nak letak
tajuk nii!! mungkin teringat lagu nii Tekan jerlha :) haha.. kaget lu

wah,, hari ini macam jiwang plak sebab entahlah sebab kita terbaca satu
artikel nii pergh baca boleh mnusuk jantung ,,sebab apa ??
kisah nii tentang kita lha manusia yang diciptakan berpasangan betull tak ?

tapi ada orang dah jatuh cinta sekali dia tak nak, tak akan jatuh cinta
buad kali ke-2 betull tak ?? tapinya ini biasa berlaku pada perempuanlha,,
perempuan bila hati dia dah disakiti selama-selamanya dia akan ingat okayy sebab
perempuan mempunyai dendam yang teramat tinggi,, bila dia rasa lelaki
suka menyakitkan hati dia,, dia pun akan buat pada lelaki lain supaya rasa apa yang dia rasa
betul tak ?? kalau tak betul dah,, sebab ini ikut pengalamanlah

LELAKI pun ada tapi jaranglah ,, lelaki boleh pilih mana yang dia suka
walaupun muka macam katak cekodok!! kalau berduit,,kaya,,gamak harta tiada masalah
kan ?? betu tak lelaki ?? yeah!! aku sokong lalalalala~~~ heppy sebab
i never fall in love !! (y) jeles... gamaknyer

single lebih baik ! tunggu dah besar you nak marriege(betul tak eja) itu terserah okayy
(mekmok)


Sabtu, 18 Februari 2012

Fakta Bukan Auta ? #fakta lelaki



‎23 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Tahu

1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.

2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.

3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~

4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.

5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.

6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”

7. Lelaki tak suka perempuan gedik!

8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.

9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.

10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.

11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.

12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !

13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”

14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.

15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.

16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.

17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.

18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.

19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.

20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,wanita perlu katakan sesuatu.

21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.

22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.

Rabu, 15 Februari 2012

Tomorrow birthday kita !


Hai , awak hari nii kuranglah siked rasa tension
sebab kita dah belasah budak tu secukupnya .. 
Alhamdullilah kurang siked beban
dan rasa malas nak pegi sekolah sebab budak tuu...

HARI NI MOOD KITA BAEK SEBAB TULAH GUNA 
WARNA BIRU...

Besok hari jadi kita 16/2/1999
kita harap walaupun tak bagi hadiah sekurang-kurangnye 
wish pun dah cukup -"- kita tak minta apa apa
pun kecuali hari lahir kita tader orang yang buat kita marah
thats all ,, okayy .. because hari jadi kita tak pernah
pun di ucap/di sambut sebb orang semua tak tahu .. 
sedihkan -,- almaklomlah anak sulong
dalam keluarga !! adik adik jelah yang selalu dapat makan kek
huwaa ;( sedih sungguh ,, tapi memang berharap
ada orang yang ingat,, yelah sapa tak sedih jika
hari jadi kita kena marah,ada budak cari pasal kat sekolah
sapa pun tak menangis ken ?

one more thing ,, kita 
HOPE SANGAT  MASA HARI JADI KITA DI WISH OR DIHARGAI!!
sekian terima kasih :)

Selasa, 14 Februari 2012

MENGAMUK!!


Hai,hai korg sume sihat x ? ker sakit,, kita sakit.. sakit hati
nak tahu sebab apa ? sebab adeh sorang budak 
lelaki nikan dahlah ketot,pendek tapi mulut berpuaka,busuk
cakap macam orang tak berpelajaran....
masatu kita nga cakap denan sorang budak nii lepastu tiba
tiba dia mencelah ,, lepastu kita cakaplah macam nii
"kao ni pergilah sane nikan empat perempuan"
lepastu dia macam tak puas hati dia pergilah menganjing,, lepastu
kita diam jelha .. tiba tiba yang budak perempuan tu
pergilah buad cerita dia kata kita ejek budak lelaki tu ketot
bila masa lha pulak ? lepastu ape lagi yang si budak lelaki tu pun
balaslah dia ejek kuat-kuat dia kate kite nii ____________
satu kelas dengar ,, dia org semua ketawa kanlah kita.
kita apa lagi kesabaran dah tak boleh tahan 
kita jerit lepastu tendang dia punya kerusi sampai beg dia
terjatuh... padan muka dia!! lepastu apa lagi 
kita pun angkat beg ,, sambil bagi amaran dekat dia
macamnilah bunyinya 
"kao mati kao besok ,,dahlah pendek mulut macam sial"
wah dea pon balaslah " kao ingat aku takut "
wah ,, berani lawan dengan aku ...
dulu semua orang tak berani nak ejek aku sebab sapa yang ejek
aku ,, aku tibai sekali... ni kao tengoklah dahlah ketot!!!!
pukimaklah der,, pendek!!

okehlah tu jer nak cerita ,, kita luahkan nii bukan nak
minta simpati ,, tapi untuk luahkan apa yang terbuku di hati right ?
bye bye
 

Sabtu, 11 Februari 2012

Cinta :3 thumbs UPP!


wah ,, tajuk pun siap adeh thumb up bukan main
lg dah jatuh cinta  ker ??
haha taderlah saja nak cerita tetg cinta ta salah
ken ! okeh first tengoklah gambar..


ape macam hebat tak ? kita yang buad okayy tak .
second , kita nak ucap bye ...
itu jer utk entry hari nii ato malam ini bye ..
<SuperFai Faizah>


Jumaat, 10 Februari 2012

GANGSTER bapok :-0


hai, hai, babe!! sihat ? sakit pegi klinik
yer .. ta payah nak mintak muke
simpati boleh ta ? menyampah dok aku tengok -,-

wah ,, kalau cerita pasal GANGSTER 
teringat KL gangster, bini-biniku
gangster dan laen-laen
sebenarnya semua perempuan dalam dunia
mana adeh diciptakan sempurna
ada yang suara garau(yeker?)
haha -"- ada yang kasar,ada yang panas baran
ada yang terlebih dan adeh yang terkurang..
bila dah macmtu ade plak yang ckp
gangster/tomboy/jantan
macam macam timbul perkataan di kalangan
mulut orang ,, lebih lebih lagi insan yang
bergelar lelaki betoii ta ? sebab
dea jeles kita lebih gangster
drpd dea... almaklomlah cemburu ta
bertempat.. padahal memang dah perangai dea orang
macamtuu nak buad macamane ?

okelah ,, tu jer entry harii nii :)
ingat!! kalau nak jadi gangster tu berpada pada jangan
sampai terkena,, senang  kata lebih baik
ta payah jadi gangster,pondan.. jadilah diri
kite yang sebenar
<SuperFai Faizah>

:) just a smile to complete your day



Khamis, 9 Februari 2012

janji lelaki tak boleh pakai -,-


hebat,hebat,hebat kalau berjanji
bukan main manis,, macam tak boleh blah
tapi kalau suh tunai HABOK PUN TARAK !!
aku benci janji lelaki , aku tak suka lelaki
yang munafik!! kalau kao orang
berjanji dengan lelaki 
lupakanlah .. korg ingt lelaki setia,,setialah sgt
EXCEPT
Lelaki yang setialah tapi aku rasa
zaman sekarang tader kowt .kalau adeh pon segelintir
jer... kalau korang nak tahu lelaki setia
ta ? cuba try testing korang suh dea nangis,,
kalau dea ikut maknenye dea sanggup buad apa sajalah..
itu yang akuu suka -,- sebab cita-cita
aku nak tengok lelaki nangis
sebab lelaki banyak buad perempuan nangisken
so terima akibat ini.....

IKHLAS
<SuperFai Faizah>
                                          
                 jangan jadi pen yang diluar kaca,jadilah yang di dalam kaca for all womennnn!!

Rabu, 8 Februari 2012

VANILA COKLAT (episod 8) video




ALOLOOOOOOO~~~ suweeetnyer ..

kao ade ? aku banyak :)


hai,, brader hai minah..sihat ? dah makan
ke belomm?ewah, banyaknya tanya
macam aku nii wartawan. nak menanya dump!

Okea,, tajuk di atas nii korang rasa ape?
siapa?kenapa?aku buad tajuk nii..
sebenarnya aku nak cerita nii pasal budak yg di gelar
PLAYBOY{}PLAYGIRL
pernah dengar tak ofcozlha penah ken.

dea orang nii sebenarnya nak menunjuk nunjuk
saja,,almaklomlah berlagak
ialah dea cantek kacaklah katekan ,,lepastu
dea ingat mcm dea sorang jer yg pling 
famous dekat sekolah,,

lepastu kat sekolah ramai yang minat
kat dea
okelah bye :/



Isnin, 6 Februari 2012

aku ada abang ANGKAT betoii ker nii


tajuk macam best jer betoii ker nii ?
aku pun macam tak caye
serious gila ,, but apepon aku memang suke giler
sebab selama ni aku   tader abang!! almaklomlah aku anak
pertama..aku plak yang kene
BACK-UP
adek aku,, so choii..

 aku macam tak percaya mana mungkin
abang yang paling terfamouslh katekan dekat
sekolah jadikan aku  nii adek angkat
lepastu , aku nii macam BENGANG
Sebab semua orang tengok aku
yelah mana mungkin budak
tak cantik,tak pandai dan tak baik boleh
jadi adik angkat dea ,

korang nak tahu dea form bape? dea
form 4 ,, tua tak(Y)
jeles ?oklha just aku nak cerita
jer ,, sebab terlampau happy
ok bye bye bye bye

 

Jumaat, 3 Februari 2012

Jangan buat perempuan nangis wahai kaum Adam


ewah,, tajuk macam menasihati jer .. memang pun, kao ade ?
taderkan .. kalau nak tahu tengok gambar dekat
bawah nii.. kalau tanak tengok get lost!!


tengok tengok hah! tulha jangan pernah buad sesekali perempuan menangis tau
dosa!!bukan nak minta simpati tetapi ini adalah realiti
not dalam mimpi!!

Pesanan Ringkas Ustaz Idrus kepada (LELAKI)


wah panjang tajuk,,memg panjang pun kao ade ?
nah entry ni khas untuk KAUM ADAM!

♥ Jangan pikat wanita kalau
anda tak bersedia cintakan
dia.
♥ Jangan buat wanita tu
jatuh cinta kalau anda tak
cintakan dia. 
♥ Jangan
memberi wanita harapan kalau
anda tidak pasti. 
♥ Jangan
sakitkan hati wanita kalau
anda tiada hati untuknya. 
Jangan mainkan perasaan
wanita kalau anda tiada
perasaan untuknya.
♥ HARAM
jika jadikan wanita itu kekasih
tetapi tiada niat untuk
nikahinya. .

Rabu, 1 Februari 2012

VANILA COKLAT (episod 7)



wah!! tup tup dah episod tujuh dah cerita KEGEMARAN aku nii ,, minggu depan scene aamir luah perasaaaan dekat CIK zara ...
tapi sebelum tuu minggu nii cam gado gado jer kan!!


Dalam Episod minggu ni , Amir yang sudah menaruh perasaan sayang terhadap isterinya mula membangkitkan haknya sebagai suami sehingga berlakunya pertelingkahan antara mereka.

Liana pelik bagaimana Zara dan Aamir yang dahulunya bagaikan anjing dan kucing kini rapat. Liana cuba untuk menyiasat namun gagal. Dia masih cuba bermanja-manja dengan Aamir dan Aamir tidak melayan kerana Aamir telah jatuh hati pada Zara,isterinya.Namun apabila bergaduh dengan mulut laser Zara yang ada sahaja tidak kena Aamir pasti mencari Liana untuk melepaskan tekanannya.

Zara pula memang menyampah dengan sikap Aamir yang baginya kaki perempuan. Zara pula apabila melihat Aamir dan Liana dia menjadi serba tidak kena daripada mood baik terus bertukar tegang walhal Aamir sebenarnya telah jatuh cinta kepadanya Cuma Zara seorang yang sangat ego. Walaupun mereka kini rapat namun kadang-kadang bila mood Zara kurang baik dia tetap akan mengingatkan Aamir mengenai undang-undang mereka dan ianya harus dipatuhi. Aamir yang kadang-kadang baru sahaja cuba jadi romantik terus hilang mood dengan sikap moody Zara.