Isnin, 19 Disember 2011

Soalan N jWpn yg tepat




Soalan yang sering orang tanya dan jawapan yang tepat tuk solan tersebut..

Situasi 1 - Bila orang nampak kau baring nak tido
S : Kau nak tidur ke?
J : Taklah, aku training macam mana nak mati nanti..

Situasi 2 - Kau tengah bawak TV yg rosak nak pergi jumpa technician suruh repair
S : Nak repair TV ke?
J : Tak lah, aku bosan. Saje aku bawak TV ni gi jalan-jalan.

Situasi 3 - Masa kau bangun tidur
S : Kau dah bangun?
J : Ish, aku tengah tidur sambil jalan la bodo.

Situasi 4 - Kawan kau telefon no.rumah kau
S : Kau kat mana ni?
J : Kat bus stop ni. Hujan lebat betul lah.

Situasi 5 - Kau tengah sidai baju kat luar rumah, jiran kau tanya
S : Sidai baju ke?
J : Taklah, tengah baring-baring tengok TV ni. jomlah join sekali.

Situasi 6 - Kawan kau nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah
S : Baru lepas mandi ke?
J : Mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi.

Situasi 7 - Kau dalam toilet, pintu berkunci, ada orang ketuk pintu
S : Ada orang tak?
J : (Suara Manja) Tak ada orang. paip yang bercakap.

Tiada ulasan: